Tuesday, December 20, 2011

Cerpen: Anugerah [Part 3]



“Err.. Aisya, mari sini kejap. Mak ada sesuatu nak bincang dengan Aisya. Err..sebenarnya….” Asmah tidak sanggup untuk menerangkan apa yang berlaku kepada Aisya. Dia takut anaknya yang seorang itu akan memberontak dan akan melakukan sesuatu di luar jangkaan.

“Kenapa mak? Cakap je la.” Aisya bersuara setelah melihat ibunya lama terdiam.
“Kalau mak cakap, Aisya jangan marah ye..”
“Cakap je la.. Takkan Aisya nak marah mak pulak.”
“Sebenarnya..atuk teringin nak lihat Aisya kahwin.”
“Apa?? Kahwin? Mak.. Aisya kan muda lagi. Aisya baru je sambung belajar. Lagipun Aisya tak tahu apa-apa pun pasal kahwin ni.”
“Aisya, dengar dulu mak nak cakap. Sebenarnya, atuk dah menjodohkan Aisya dengan seseorang yang mak sendiri pun tak kenal. Atuk telah berjanji dengan kawan baiknya satu masa dulu. Tapi kawan atuk tu dah meninggal dunia. Atuk kan tengah sakit. Jadi, dia nak lihat Aisya kahwin sebelum dia pergi.” Asmah menerangkan satu persatu kepada Aisya dengan berhati-hati. Dia takut Aisya akan terkilan dengan tindakan atuknya tanpa pengetahuannya.

“Mak.. Aisya sebenarnya serba salah. Aisya tak tahu nak buat apa. Kalau Aisya menolak permintaan atuk, Aisya takut atuk akan kecewa. Aisya sayangkan atuk mak. Tapi Aisya belum bersedia untuk berkahwin mak. Apa yang harus Aisya lakukan mak..?”
Air mata Aisya tak dapat ditahan lagi. Dia tahu, perkahwinan ni bukan perkara main-main. Dia takut gagal untuk melaksanakannya. Hatinya penuh dengan rasa bersalah.

“Macam ni lah. Aisya ikut je permintaan atuk. Nanti mak akan ajar tentang perkahwinan. Mana tahu mungkin orang itu merupakan jodoh Aisya.” Dia tidak tahu bagaimana senang-senang sahaja dia munyuruh Aisya memenuhi permintaan atuknya. Dia tahu bukan senang untuk melakukannya. Dia faham keadaan Aisya yang masih remaja. Anak-anak muda seperti Aisya sekarang majoritinya masih belum berfikir tentang soal perkahwinan termasuk Aisya.
Aisya terus mendiamkan diri tanpa sepatah kata. Asmah berasa bersalah.

“Err.. maafkan mak Aisya. Mak tak sepatutnya cakap macam tu tadi.”
“Tak apalah mak. Bukan salah mak. Malah tak ada sesiapa pun yang bersalah dalam hal ini. Mak, boleh tak bagi Aisya sedikit masa? Aisya tahu, Aisya terpaksa lakukannya demi atuk. Aisya akan cakap sendiri dengan atuk.” Aisya cuba bersuara dengan terpaksa. Dia tahu, banyak risiko yang akan ditempuhnya jika berkahwin pada usia begini. Macam-macam persoalan yang difikirkannya. Bagaimana dengan pelajarannya? Hidupnya? Siapakah bakal suaminya? Adakah sebaya dengannya? Arghh… banyak yang perlu difikirkannya. Dia hanya mampu berserah pada takdir. Mungkin jodohnya sudah sampai.

Bersambung..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...